Chicago White Sox
Chicago White Sox

Chicago White Sox

Chicago White Sox merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Chicago. White Sox bersaing di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) Central. Pasukan ini dimiliki oleh Jerry Reinsdorf dan mereka beraksi di Guaranteed Rate Field. Pasukan White Sox merupakan salah satu pasukan MLB yang berpangkalan di Chicago selain Chicago Cubs yang merupakan anggota National League (NL) Central.White Sox merupakan salah satu daripada lapan pasukan penubuh American League. Pasukan ini telah ditubuhkan sebagai pasukan besbol pada tahun 1900 sebagai Chicago White Stockings, sebelum ia dipendekkan menjadi White Sox pada 1904. Pasukan ini pada awalnya beraksi di South Side Park sebelum berpindah ke Comiskey Park pada 1910 dan ia digunakan sehingga tahun 1990. Mereka berpindah ke gelanggang kini, yang dahulunya dikenali sebagai Comiskey Park sebelum ia memperoleh tajaan daripada U.S. Cellular mulai musim 1991.White Sox telah menjuarai Siri Dunia sulung mereka pada tahun 1906 dengan menewaskan Cubs. Pasukan ini berorientasikan aspek bertahan sehingga digelar "the Hitless Wonders". Kemudian, mereka menjuarai Siri Dunia 1917 menewaskan New York Giants. Kemunculan berikutnya ialah di Siri Dunia 1919 yang dicemari Black Sox Scandal apabila lapan pemain White Sox didapati berkompot dengan penjudi untuk mengatur perlawanan dan mereka akhirnya tewas di Siri Dunia kepada pasukan Cincinnati Reds. Sebagai tindak balas, Pesuruhjaya MLB baru iaitu Kenesaw Mountain Landis telah menggantung pemain-pemain tersebut sepanjang hayat. White Sox hanya melakukan dua penampilan di Siri Dunia sahaja semenjak skandal berkenaan. Siri Dunia pertama berlangsung pada tahun 1959 apabila mereka kecundang kepada Los Angeles Dodgers manakala aksi seterusnya pada tahun 2005 yang menyaksikan mereka akhirnya menjuarainya menewaskan Houston Astros. Penantian selama 87 tahun merupakan kemarau kejuaraan MLB kedua terlama sepanjang zaman selepas pasukan Cubs yang memakan masa selama 107 musim.Dari tahun 1900 sehingga 2022, rekod menang-kalah White Sox secara keseluruhannya ialah 9,492–9,390 .[3]

Rujukan

WikiPedia: Chicago White Sox https://www.mlb.com/whitesox/fans/southpaw/about-s... https://www.mlb.com/whitesox/history/logos-and-uni... https://www.baseball-reference.com/teams/CHW/ https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Chicag... http://www.chicagotribune.com/sports/baseball/whit... https://www.wikidata.org/wiki/Q335169#identifiers https://viaf.org/viaf/123123120 https://www.worldcat.org/identities/lccn-n50045366... http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... https://id.loc.gov/authorities/names/n50045366